Sinopsis Two Wives (siri TV 2009)

Kang Chul-soo menceraikan isterinya, Yoon Young-hee dan memulakan hidup baru bersama isteri baharunya Han Jis-sook, iaitu seorang ibu tunggal yang menjadi perempuan simpanannya selama ini. Selepas berpisah dengan Young-hee, Chul-soo kemudian didapati terlibat dengan satu kemalangan kereta dan ketika dia sedar, dia mengalami hilang ingatan dan hanya mengingati kenangannya bersama Ji-sook. Chul-soo masih mengganggap bahawa Young-hee adalah isterinya lalu membuatkan Young-hee terpaksa berpura-pura menjadi 'isteri' Chul-soo sehinggalah ingatannya kembali pulih.